Pengenalan

VerifiedOnly.com diwujudkan sebagai rujukan utama untuk aktiviti jual beli bitcoin yang selamat di antara verified seller dan verified buyer.

Matlamat utama VerifiedOnly.com ialah untuk mengurangkan atau menghalang sebarang aktiviti penipuan di dalam jual beli bitcoin.

Setiap pembeli dan penjual  adalah terikat kepada peraturan-peraturan seperti berikut:

  1. Setiap penjual dan pembeli mestilah berdaftar dan mendapat status verified sebelum menjalankan urusniaga jual beli. Setiap penjual atau pembeli bertanggungjawab untuk menyemak status verified penjual atau pembeli yang berurusan dengannya, sebelum memulakan jual beli.
  2. Super admin & Group Master berhak melucutkan keahlian pembeli atau penjual sekiranya perlu (contoh: melanggar peraturan / ada cubaan untuk melakukan penipuan).
  3. Pembeli mesti membuat pembayaran terlebih dahulu. Pembeli mestilah membuat bayaran secara ‘Instant Online Transfer’ bersama nota ‘description’ yang ditetapkan. Sila lihat contoh nota ‘description’ seperti di sini.
  4. Penjual mula menghantar bitcoin setelah penjual sah menerima bayaran daripada pembeli.
  5. Setiap bitcoin yang dijual dan dibeli mestilah tidak terlibat dengan sebarang kegiatan haram di Malaysia.
  6. Setiap penjual dan pembeli yang berdaftar di VerifiedOnly.com, adalah bersetuju dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.